Program Homecoming Sempena FESTKON 11

Bak kata perpatah ‘Ibarat Sireh Pulang ke Gagang’. Bergitulah yang dapat dikatakan setelah bakal alumni UniMAP yang pulang ke pusat-Pusat Pengajian sebelum mereka bergraduasi. Program Homecoming bersama pusat-pusat Pengajian sempena Festival Konvokesyen ke-10 UniMAP telah dianjurkan oleh Unit Alumni, JHEPA dengan kerjasama Persatuan Alumni UniMAP dan semua Timbalan Dekan (HEPA) di 10 Pusat Pengajian.

Program yang diadakan pada 19  hingga 21 Oktober 2016  ini bertujuan sebagai satu usaha menjemput kembali alumni UniMAP untuk menyambung hubungan rapat dengan pihak universiti di samping mengukuhkan jaringan antara Unit Alumni, JHEPA dengan ahli-ahli Persatuan Alumni UniMAP dan semua Timbalan Dekan (HEPA) di Pusat-pusat Pengajian.

Secara keseluruhannya, sebanyak 400 alumni daripada semua pusat pengajian terlibat telahpun menyertai Program Homecoming pada kali ini yang mendapat sambutan yang menggalakkan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Oleh itu, diharapkan agar program yang seumpama ini akan diteruskan dengan penglibatan lebih ramai alumni pada tahun-tahun hadapan. Semoga program ini dapat menjadi titik tolak kepada alumni muda untuk menanamkan semangat sayang akan UniMAP secara berpanjangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *