Program Road Tour Ke Pusat-Pusat Pengajian Bersama Bakal Alumni

Unit Pembangunan Alumni, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan kerjasama Timbalan-Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEPA) Pusat-Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menganjurkan Program Bersama Bakal Alumni bermula pada 28 April 2016 sehingga 20 Mei 2016 bertempat di Dewan Kuliah Kampus Pauh Putra dan sekitar Pusat Pengajian di Kampus UniMAP.

Turut menyertai program ini adalah pihak Pusat Kerjasama Industri dan Agensi Kerajaan (CIGC), dan Persatuan Alumni UniMAP. Program ini diadakan bagi menyalurkan informasi berkaitan dengan fungsi Unit Pembangunan Alumni malah memperkenalkan sistem e-alumni kepada pelajar-pelajar tahun akhir di semua pusat-pusat pengajian di UniMAP. Sistem e-alumni adalah untuk mendapatkan maklumat pelajar-pelajar yang telah bergraduasi serta status pekerjaan mereka. Program ini juga mempromosi aktiviti dan program yang akan dijalankan bersama Persatuan Alumni UniMAP malah menekan kepentingan hubungan mereka dengan alumni UniMAP. Pihak CIGC UniMAP juga menyarankan pelajar tahun akhir supaya mengisi sistem berkaitan Graduate Employabality. Sebanyak empat buah pusat pengajian menyertai program ini iaitu PPK Komputer dan Perhubungan, PPK Sistem Elektrik, PPK Mikroelektronik dan PPK Pembuatan.

Secara keseluruhan 254 orang pelajar tahun akhir telah menyertai program pada kali ini yang mendapat sambutan amat menggalakkan. Oleh itu diharapkan agar program ini dapat diteruskan dengan penglibatan lebih ramai pelajar tahun akhir pada tahun akan datang. Semoga program ini dapat menjadi platform kepada pelajar tahun akhir bagi menanamkan semangat  ‘alma matter’ dan sayang akan UniMAP secara berpanjangan.