Program Santai Teh Tarik bersama Timbalan Naib Canselor & Staf Alumni


 

Pada 20 April 2016, Persatuan Alumni UniMAP dengan kerjasama Unit Pembangunan Alumni telah menganjurkan Program Sembang Teh Tarik Bersama Alumni UniMAP bertempat di Café Kubang Gajah UniMAP. Program ini diadakan bagi mendapatkan maklumat tentang jumlah Alumni UniMAP yang bekerja dan sedang menyambung pengajian di UniMAP malah menghebahkan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh Persatuan Alumni UniMAP.

Program Sembang Teh Tarik bersama Alumni UniMAP telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dato’ Dr. Zul Azhar Zahir Jamal yang sanggup meluangkan masa dan minum Teh Tarik bersama-sama Alumni UniMAP. Dalam ucapan beliau memuji inisiatif Persatuan Alumni UniMAP mengumpulkan serta mengadakan perjumpaan alumni seperti ini. Menurut beliau peranan alumni haruslah kuat bagi membantu membangunkan sesebuah Universiti. Alumni juga  haruslah mencipta suatu amalan ataupun program yang perlu diteruskan oleh alumni-alumni yang lain bagi mengeratkan lagi hubungan di antara alumni dari setiap Kohort.

Turut menyampaikan ucapan dalam program ini adalah Syed Akmal Syed Jamalil selaku Presiden Persatuan Alumni juga memohon alumni yang sedang menyambung pengajian atau berkhidmat di UniMAP agar dapat menyebarkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan alumni kepada alumni yang berada di luar UniMAP. Antara program yang akan dianjurkan oleh pihak Persatuan Alumni UniMAP adalah Jelajah Cuci-cuci Masjid (Perlis-Johor), Majlis Makan Malam Alumni 2016 dan banyak lagi.

Oleh itu, diharapkan semua pihak yang terlibat dapat memberi komitmen dan meluangkan sedikit masa bagi menjayakan program-program yang bakal berlangsung pada masa akan datang.