Kata Aluan TNC HEPA

Bismillahrrahmanirrahim,

Assamualaikumwbt.

Alhamdulillah, akhirnya Laman Web khusus bagi Unit Pembangunan Alumni, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Perlis ini telah dapat beroperasi sepenuhnya. Menyedari betapa pentingnya sumbangan Alumni kepada alma mater, Unit Pembangunan Alumni di Jabatan HEPA cuba berusaha buat pertama kalinya untuk membangunkan laman web khusus bagi perkongsian sesama alumni ini.

Dengan adanya laman web ini, diharapkan ianya dapat member satu lagi medium komunikasi antara Unit Perhubungan Alumni dan seluruh warga Alumni UniMAP secara berterusan. Adalah menjadi hasrat dan harapan kami supaya dapa berperanan sebagai perantara yang berkesan antarapara alumni dengan pihak Universiti.

Laman web ini juga bertujuan untuk memberikan sebanyak mungkin maklumat berkaitan dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Perhubungan Alumni. Di samping itu, diharap juga agar warga alumni dapat mengemaskini maklumat peribadi masing-masing di Sistem e-Alumni.  Ini bagi membolehkan pihak Unit Perhubungan Alumni bersama Persatuan Alumni UniMAP dapat menyalurkan maklumat dan berita terkiniterus kepada para alumni secara interaktif. Saya berkeyakinan perhubungan dua hala ini akan member faedah kepada dua belah pihak secara keseluruhannya.

Akhir kata, terimakasihkepadapara alumni kerana sudi mengunjungi dan memanfaatkan perkhidmatan laman web ini seterusnya menyokong setiap aktiviti yang bakal dan akan dilaksanakan secara bersama. Untuk itu juga, sebarang cadangan atau komen untuk penambahbaikan laman web ini amatlah dialu-alukan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UniMAP
Prof. Madya Mohd Fo’ad Sakdan