Program Ops Pasca Banjir Pantai Timur

Program ini telah berlangsung pada 11 Januari 2015 dengan penyertaan seramai lebih 20 alumni yang telah turun ke SKKK di Kelantan dalam membantu mangsa banjir membersihkan kawasan sekolah. Program CSR yang sebegini wajar diteruskan dalam memastikan tanggungjawab sosial dapat ditanamkan secara berterusan di kalangan alumni di samping itu diharapkan agar ia dapat mengekal imej yang positif kepada pihak universiti di kalangan masyarakat amnya.