Program Jelajah Ramadhan Alumni

Program Jelajah Ramadhan Alumni ini telah berlangsung di TH Hotel, Penang pada 28 Jun 2015 dan di UiTM Hotel, Shah Alam pada 15 Julai 2015. Program ini merupakan cetusan idea daripada TNC (HEPA), Prof. Madya Dr. Fo’ad Sakdan sendiri dan bertujuan untuk mengumpulkan semula semua alumni di bulan yang penuh barakah ini. Program ini telah mendapat penglibatan melebihi 100 alumni. Unit Pembangunan Alumni, JHEPA turut mensasarkan agar peserta-peserta ini akan dapat membantu menggerakkan kembali Persatuan Alumni UniMAP agar bergiat dengan lebih aktif.