Program Jelajah Alumni Ke Vietnam

Pada 10 hingga 15 November 2015, seramai 8 alumni dari Persatuan Alumni UniMAP telah mengadakan Program Jelajah Alumni UniMAP ke Vietnam.Objektif utama program jelajah ini dilaksanakan adalah untuk mempromosikan Alumni UniMAP di luar Negara selain menjadi tarikan kepada alumni-alumni lain untuk menyertai aktiviti-aktiviti berkaitan Alumni pada masa hadapan. Berdasarkan respons yang diterima, program ini nampaknya telah berjaya menarik minat alumni lain untuk menyertai program-program jelajah yang akan dianjurkan oleh Persatuan Alumni UniMAP sama ada program di dalam Negara mahupun di luar Negara.

Dalam program jelajah ini, ahli-ahli dari Persatuan Alumni UniMAP telah mempromosikan program-program pengajian yang ditawarkan oleh UniMAP di kalangan komuniti di Vietnam yang hadir ke Festival Jepun yang diadakan di Vietnam.Selain itu, peserta program juga turut mempromosikan UniMAP di kalangan pelajar di Hoa Sen University yang juga terletak di Bandar Ho Chi Minh.Di samping itu juga, peserta tidak melepaskan peluang untuk menziarahi Masjid Musulamen di Ho Chi Minh City sebagai salah satu usaha dalam menjalinan hubungan antara ahli Persatuan Alumni UniMAP dan qariah masjid.