Program Kayuhan MAIP’s Peduli ke 100 Tuanku Raja Muda Perlis Bersama Alumni

Pada 22 November 2015, Persatuan Alumni UniMAP dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UniMAP telah bekerjasama dengan Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan pihak Utusan Melayu sebagai penganjur bersama dalam Program Kayuhan MAIPs Peduli Kali Ke-100 DYTM Tuanku Raja Muda Perls Menyantuni Golongan Asnaf.Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs mengetuai progam itu dengan mengayuh basikal bersama para pemimpin dan Ketua-ketua Jabatan Negeri bertemu rakyat di serata kampung.

Program Kayuhan kali ke-100 ini telah bermula di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail dan berakhir di Masjid Alwi di Kangar iaitu tempat berlangsung Perkampungan Sunnah Siri Kedua 2015.Pengisian juga dipelbagaikan dengan aktiviti sukaneka bersama kanak-kanak OKU di PDK Residensi Kangar dan pemberian sumbangan zakat di beberapa lokasi rumah asnaf termasuk di Kampung Ujung Bukit, kampong Teluk Jambu dan di Kampung Kota Keran. DYTM Tuanku juga turut singgah di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra untuk menyampaikan sumbangan zakat.