Program Penanda Aras Unit Alumni Ke Utem dan UM

Program yang telah berlangsung pada 30 November 2015 ini adalah bertujuan untuk mempelajari perancangan dan pelaksanaan tadbir urus pengurusan alumni di dua (2) buah Universiti Awam (UA) yang terkemuka dalam negara.Universiti Malaya (UM) telah dipilih untuk membuat tanda aras tentang pengurusan alumni di UniMAP dengan salah satu universiti tertua di Malaysia, manakala Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pula dipilih untuk membuat proses tanda aras pengurusan sedia ada alumni di UniMAP dengan universiti dalam kategori MTUN pula.Timbalan Naib Canselor HEPA, UM iaitu Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof bersama Timbalan Pendaftar En Yusof Harun; Ketua Unit Alumni En. Jamaludin Yacob dan beberapa staf lainnya turut berbesar hati menerima kunjungan Unit Alumni JHEPA UniMAP di UM.

Di UTeM pula, kehadiran peserta program ini telah disambut baik oleh Pengarah Pusat Pengurusan Alumni & Kebolehpasaran Graduan, UTeM iaitu Encik Mohd Amin Mohamad bersama semua staf di bawah pejabat ini. Persatuan Alumni UTeM (AUTeM) yang diwakili oleh Exco Keusahawanan AUTeM iaitu En. Mohamad Faizal bin Baharom turut berkongsi pengalaman persatuan berkaitan usul pembinaan Rumah Alumni di UTeM. Selain itu AUTeM juga telah berkonsi maklumat tentang Pelan Strategik Persatuan Alumni UTeM (AUTeM) yang telahpun dibangunkan.Hasil daripada kedua-dua sesi perbincangan telah memberi beberapa maklumat baru kepada Unit Pembangunan Alumni, JHEPA UniMAP untuk dilaksanakan.