Program Mendekati Alumni di B Braun & Silterra


 

Hasil daripada lawatan Industri Unit Pembangunan Alumni ke Silterra Malaysia Sdn. Bhd di Kulim Hi-Tech, Kedah.

  • Lawatan pada 26 Januari 2016 diadakan bagi mendapatkan maklumat alumni-alumni yang berkerja di Silterra Malaysia Sdn. Bhd, Kulim Kedah
  • PELUANG KEPADA BAKAL GRADUAN UniMAP
  • Siltera amat serius dalam pengambilan setiap tahun khususnya graduan UniMAP bermula sejak graduan KUKUM lagi. Biasanya wakil dari industri  ini  akan hadir ke program Pillars P6 dan P7 akan membuat pemilihan terhadap bakal graduan UniMAP yang berminat terhadap peluang kerjaya di industri mereka
  • Tawaran gaji di Siltera amat lumayan
  • Jumlah alumni UniMAP yang bekerja di Siltera adalah lebih 50 orang

 

 


 

Hasil daripada lawatan Industri  Unit Pembangunan Alumni ke B. Braun Medical Industries di Bayan Lepas, Pulau Pinang

  • Lawatan pada 1 Februari 2016 diadakan bagi mendapatkan maklumat alumni-alumni yang berkerja di . Braun Medical Industries, Bayan Lepas, Pulau Pinang
  • PELUANG KEPADA BAKAL GRADUAN UniMAP
  • Braun Graduate Programme (BGP) merupakan platform terbaik kepada alumni untuk mendapat pekerjaan di B. Braun. Biasanya wakil dari industri  ini  akan hadir ke program Pillars P6 dan P7 akan membuat pemilihan terhadap bakal graduan UniMAP yang berminat terhadap peluang kerjaya di industri mereka
  • Tawaran gaji di B. Braun amat lumayan

Jumlah alumni UniMAP yang telah bekerja di B. Braun adalah 36 orang