Program Fun Clay Time Sempena Festival A-Heart


 

Pada 25 hingga 27 Mac 2016, Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama YayasanTuanku Syed Putra Perlis serta Galeria Kyranna telah menganjurkan A-Heart Festival yang diadakan di  Dewan Ilmu, Kampus Pauh Putra, Perlis. Program ini merupakan cetusan idea DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis yang merupakan satu program yang terdiri dari beberapa nilai yang utama berteraskan nilai keilmuwan, keusahawanan, kebudayaan /persembahan , dan kemasyarakatan bagi memastikan objektif utama dicapai iaitu mendapatkan dana membina sebuah sekolah/pusat autism di Negeri Perlis.

Bagi Unit Pembangunan Alumni UniMAP, JHEPA dengan kerjasama Persatuan Alumni UniMAP, secara langsung merasakan bahawa menjadi satu tanggungjawab dalam membantu menjayakan usaha murni program ini. Oleh itu, satu program yang dinamakan ‘Fun Clay Time’ bersama kanak-kanak istimewa telah diadakan pada 25 Mac 2016 sebagai salah satu slot dalam Festival A-Heart 2016 kali ini. Program ‘Fun Clay Time’ merupakan aktiviti membuat rupa bentuk yang terpilih melalui bahan plastesin dan sudah pasti menarik minat kanak-kanak istimewa ini bersama-sama menyiapkan rupa bentuk dengan suasana santai. Melalui program ini penglibatan seramai 20 orang kanak-kanak istimewa dari beberapa PDK di sekitar Perlis telah juga dibantu oleh 10 orang instructor daripada warga Alumni yang sukarela hadir menjayakan program ini.

Secara keseluruhannya, program ini merupakan salah satu medium yang dirasakan dapat memberi kanak-kanak istimewa ini bersama-sama melakukan dengan masyarakat dan diharap mereka ini akan mendapat suntikan semangat untuk pulih dan dapat hidup bersama masyarakat kelak.