LAWATAN PENANDA ARAS UNIT PEMBANGUNAN ALUMNI UNIMAP KE PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Pada 23 Mac 2017 yang lalu, Unit Pembangunan Alumni UniMAP yang diketuai oleh Timabalan Dekan Pembangunan Alumni, Dr. Ummi Naeimah Saraih bersama staf dari Unit Pembangunan Alumni JHEPA dan dua orang ahli Persatuan Alumni UniMAP telah mengadakan satu lawatan Penanda Aras di Universiti Sains Malaysia (USM).  Selain membina hubungan antara Universiti  dan berkongsi pengalaman mengendalikan aktiviti berkaitan alumni tetapi dalam masa yang sama juga, lawatan ini merupakan sesuatu yang penting dalam usaha Unit Pembangunan Alumni UniMAP memantapkan pengurusan pembangunan  Alumni UniMAP yang sedia ada.Ketibaan ahli lawatan disambut oleh Timbalan Pendaftar Kanan Pusat BHEPA USM Encik Mohd Saad bin Hj Din bersama beberapa staf di Unit Perhubungan Alumni, USM.

Seterusnya sesi taklimat secara menyeluruh tentang pengoperasian USM telah disampaikan oleh Encik Mohd Saad bin Haji Din. Encik Mohamad Kasyfi bin Mohamad Taufik, Pegawai Tadbir Pusat Perhubungan Alumni USM, seterusnya membentangkan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Perhubungan Alumni USM dan Persatuan Alumni USM (AUSM).
Perbentangan dimulakan mengenai laman web http://welead.usm.my/graduan/ iaitu sistem yang digunakan untuk mengumpulkan alumni di USM. Pihak Pusat Perhubungan Alumni juga membentangkan cara menjana kewangan yang diamalkan oleh seperti penyewaan inventori milik mereka kepada umum. Perbincangan tidak formal ini juga diselitkan dengan sesi soal jawab antara kedua-dua belah pihak dalam usaha bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dalam membangunkan pembangunan alumni di Universiti masing-masing.  .

Sebaik perbincangan tamat, Timbalan Dekan, Dr. Ummi Naeimah selaku ketua delegasi lawatan UniMAP dan Pegawai Tadbir Pusat Perhubungan Alumni USM En Mohamad Kasyfi bin Mohamad Taufik bertukar cenderahati sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *