PROGRAM BARAKAH YA RAMADHAN SEMPENA SAMBUTAN RAMADHAN 1438H BERSAMA UNIT PEMBANGUNAN ALUMNI


 

Pada 23 Jun 2017 bersamaan dengan 28 Ramadan, Unit Pembangunan Alumni UniMAP dengan kerjasama Persatuan Alumni UniMAP telah berjaya menganjurkan Program Barakah Ya Ramadhan sempena Sambutan Ramadhan 1438H Bersama Alumni dan Yayasan UniMAP ini melibatkan senarai asnaf yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. Rombongan mengagihkan ini telah diketuai sendiri oleh YBhg Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan, Timbalan Naib Canselor UniMAP bersama-sama Timbalan Dekan Pembangunan Alumni, Dr. Ummi Naemah Saraih serta ahli-ahli Persatuan Alumni UniMAP.

Sebelum itu, program ini telah bergerak lebih awal apabila kutipan sumbangan berbentuk tunai daripada seluruh warga UniMAP melalui jabatan masing-masing dijalankan sejak awal bulan Jun 2017. Tujuan sumbangan ini disalurkan kepada asnaf-asnaf tersebut adalah untuk membantu meringankan bebanan mereka khususnya bagi menyambut hari raya nanti. Sebanyak 7 buah keluarga asnaf yang dipilih telah menerima bantuan yang berjumlah keseluruhan sebanyak RM2370 dan setiap keluarga diagihkan sebanyak RM400 dengan RM300 berbentuk tunai manakala RM100 berbentuk bahan keperluan asas dapur.

Secara keseluruhannya, program ini merupakan salah satu cara mendidik dan menggerakan kesedaran terhadap amalan bersedekah dan membantu golongan asnaf yang memerlukan bantuan seterusnya melahirkan pengertian ehsan sebagai kesan tampak dari penghayatan insan dan Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *