LAPORAN PROGRAM BERSAMA BAKAL ALUMNI PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP)


 

Unit Pembangunan Alumni, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan kerjasama Timbalan-Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEPA) Pusat-Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah dengan jayanya menganjurkan Program Bersama Bakal Alumni bermula pada 15 Mei 2017 hingga 19 Mei 2017 yang bertempat di sekitar Pusat Pengajian di Kampus UniMAP. Sebanyak lima buah pusat pengajian menyertai program ini iaitu PPK Pembuatan, PPK Sistem Elektrik, PPK Alam Sekitar, PPK Komputer dan Perhubungan dan PPK Mekatronik.

Turut serta dalam menyokong dan bekerjasama dalam program ini adalah pihak Jawatankuasa Promosi Program MBA dari Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan dan Persatuan Alumni UniMAP. Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi menyalurkan informasi berkaitan dengan fungsi Unit Pembangunan Alumni malah memperkenalkan sistem e-alumni kepada pelajar-pelajar tahun akhir di semua pusat-pusat pengajian di UniMAP. Sistem e-alumni berfungsi sebagai database berkenaan dengan maklumat pelajar-pelajar yang telah bergraduasi khususnya status pekerjaan mereka yang terkini. Dalam pada itu, program ini juga bertujuan untuk mempromosi aktiviti yang akan dijalankan bersama Persatuan Alumni UniMAP malah menekan kepentingan hubungan mereka dengan alumni UniMAP. Manakala bagi pihak Jawatankuasa Promosi Program MBA PPIPT, mereka memberi penerangan kepada pelajar tahun akhir tentang tawaran kemasukan ke program Ijazah Tinggi di UniMAP yang terbuka kepada pelajar yang mempunyai asas kejuruteraan.

Secara keseluruhan 344 orang pelajar tahun akhir telah menyertai program pada kali ini yang mendapat sambutan amat menggalakkan. Oleh itu, diharapkan agar program ini dapat diteruskan dengan penglibatan lebih ramai pelajar tahun akhir pada tahun akan datang. Semoga program ini dapat menjadi platform kepada pelajar tahun akhir bagi menanamkan semangat ‘alma matter’ dan sayang akan UniMAP secara berpanjangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *