ZIARAH AMAL ALUMNI UniMAP (SQUAD PIZZA) DI PEMULIHAN DALAM KOMUNITI KANGAR DAN RESIDENSI


 

Pada 26 Julai 2017 yang lalu, Persatuan Alumni UniMAP yang diketuai oleh Presiden Alumni, En. Syed Akmal dan bersama tujuh orang ahli Persatuan Alumni UniMAP telah mengadakan satu Ziarah Amal ke PDK Kangar dan PDK Residensi. Selain membina hubungan baik antara pihak persatuan dan pihak PDK ianya juga dapat memberikan satu nafas baru dalam aktiviti alumni yang berbentuk ziarah amal bagi golongan yang memerlukan. Program ini juga dapat menyemai dan membentuk nilai insan dan kasih diantara ahli persatuan kepada masyarakat yang memerlukan sokongan dan semangat dari pihak luar.

Ketibaan ahli persatuan disambut oleh kakitangan PDK dan anak-anak istimewa. Penerangan ringkas diberikan mengenai PDK oleh guru yang bertugas. Pertemuan ringkas ini dirangka bagi menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk makanan dan minuman iaitu pizza dan air kotak kerana terdapat lebihan kewangan hasil dari tajaan program yang lepas iaitu Kayuhan MAIPs Peduli Kali Ke-100 bersama Alumni UniMAP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *