Program Jelajah Alumni UniMAP-PROKAS 3.0: Misi Menawan Puncak Bayu


 

  • Pada 5-8 Mei 2016, Persatuan Alumni UniMAP dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah mengadakan satu program Jelajah Alumni UniMAP-PROKAS 3.0: Misi Menawan Puncak Bayu. Program ini merupakan kesinambungan daripada program Jelajah Alumni UniMAP 2.0: Dari Perlis Ke Vietnam. Program Jelajah kali ini telah berjaya disertai seramai 25 orang dari kalangan Alumni UniMAP dan menariknya program kali ini dalam misi menawan puncak Gunung Kinabalu adalah Naib Canselor UniMAP sendiri iaitu Y.Bhg Dato Prof. Dr.Zul Azhar Zahid Jamal.

 

  • Program seperti ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk menarik minat alumni UniMAP untuk sentiasa dekat dengan UniMAP walaupun sudah bergraduasi. Hal ini dapat dilihat apabila YBhg. Dato’ Naib Canselor UniMAP bersungguh-sungguh untuk bersama-sama 25 orang alumni yang turut serta dalam misi menawan Gunung Kinabalu kali ini. Ini menunjukan bahawa hubungan erat antara Naib Canselor UniMAP dengan bekas pelajar membuatkan mereka merasakan lebih dihargai. Kesemua peserta dalam misi berjaya sampai ke puncak gunung kinabalu.

 

  • Dalam Oleh itu, bagi pihak Persatuan Alumni UniMAP dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni merasakan bahawa Program Jelajah Alumni 3.0 kali ini telah berjaya dan Program Jelajah seterusnya akan diteruskan lagi untuk Jelajah Alumni UniMAP 4.0 pada bulan Ramadhan ini. Semoga program Jelajah Alumni UniMAP ini mampu memberi impak kepada seluruh warga UniMAP amnya.