Taklimat Khas Alumni UniMAP Bersama Naib Canselor


 

  • Pada 24 Jun 2016, Unit Pembangunan Alumni dengan kerjasama Persatuan Alumni UniMAP menganjurkan telah Taklimat Khas Alumni UniMAP bertempat di Dewan Kecemerlangan, Kompleks Dewan Kuliah Kampus Pauh Putra, Perlis.

 

  • Taklimat khas ini diadakan bagi mengumpul semua alumni yang berkhidmat di UniMAP. Taklimat Khas ini disampaikan sendiri oleh Naib Canselor UniMAP iaitu Prof. Dato’ Dr. Zul Azhar Zahid Jamal. Taklimat Khas ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (HEPA), iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, Timbalan Dekan (Pembangunan Alumni) iaitu Dr. Ummi Naiemah Saraih dan Presiden Persatuan Alumni UniMAP iaitu Syed Akhmal Syed Jamalil.

 

  • Seramai hampir 200 orang alumni yang kebanyakkannya sedang berkhidmat malah ada yang sedang menyambung pengajian di UniMAP turut hadir dalam Taklimat Khas ini. Kerjasama yang erat di antara alumni-alumni UniMAP akan memberi impak yang besar terhadap setiap penganjuran program Universiti.

 

  • Dalam taklimat ini juga turut diadakan pelepasan ‘flag-off’ bagi Projek Jelajah CSR Ramadhan Alumni UniMAP 4.0 : Misi Cuci-cuci Masjid dari negeri Perlis hingga ke negeri Johor. Diharapkan taklimat khas ini akan memberi peluang kepada alumni bagi menyertai pelbagai program alumni UniMAP yang akan di anjurkan pada masa akan datang.