Misi Cuci-Cuci Masjid Utara-Selatan Alumni UniMAP


 

  • Program misi ini yang telah berlangsung pada 28 Jun 2016 ini adalah untuk membersihkan kawasan masjid yang terpilih selain itu bertujuan bagi mendekatkan Alumni UniMAP di setiap negeri bagi mempromosikan UniMAP kepada masyarakat setempat. Program ini berlansung selama empat hari tiga malam dengan kerjasama Unit Pembangunan Alumni, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Kelab UNESCO UniMAP.

 

  • Timbalan Naib Canselor HEPA, UM iaitu Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof bersama Timbalan Pendaftar En Yusof Harun; Ketua Unit Alumni En. Jamaludin Yacob dan beberapa staf lainnya turut berbesar hati menerima kunjungan Unit Alumni JHEPA UniMAP di UM.

 

  • Di UTeM pula, kehadiran peserta program ini telah disambut baik oleh Pengarah Pusat Pengurusan Alumni & Kebolehpasaran Graduan, UTeM iaitu Encik Mohd Amin Mohamad bersama semua staf di bawah pejabat ini. Persatuan Alumni UTeM (AUTeM) yang diwakili oleh Exco Keusahawanan AUTeM iaitu En. Mohamad Faizal bin Baharom turut berkongsi pengalaman persatuan berkaitan usul pembinaan Rumah Alumni di UTeM. Selain itu AUTeM juga telah berkonsi maklumat tentang Pelan Strategik Persatuan Alumni UTeM (AUTeM) yang telahpun dibangunkan.

 

  • Hasil daripada kedua-dua sesi perbincangan telah memberi beberapa maklumat baru kepada Unit Pembangunan Alumni, JHEPA UniMAP untuk dilaksanakan.