Program Sumbangan Barakah Ya Ramadhan 1437H/2016 Bersama Alumni dan Yayasan UniMAP


 

  • Program Sumbangan Barakah Ya Ramadhan 2016 1437H ini telah diadakan pada 1 Julai 2016 sekitar Negeri Perlis. Turut menyertai program ini iaitu Timbalan Naib Canselor (HEPA) iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, Timbalan Dekan Pembangunan Alumni Jabatan HEPA, Persatuan Alumni dan Yayasan UniMAP.

 

  • Sebanyak 6 rumah asnaf telah dilawati dan telah diberi sumbangan hasil kutipan daripada sumbangan program ini. Antara sumbangan yang diberikan adalah wang tunai, hamper barangan dapur dan beras.

 

  • Diharapkan program seperti ini akan diteruskan demi membantu insan-insan yang memerlukan dan kurang berkemampuan untuk menyambut Bulan Ramadhan dan menjelang Aidilfitri nanti.