Majlis Makan Malam Alumni (AlumNight) 2016 di Pulau Pinang


 

  • Pada 24 Julai 2016 bersamaan hari Ahad, Persatuan Alumni UniMAP dengan Kerjasama Unit Pembanggunan Alumni Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menjayakan Majlis Anugerah Tokoh Alumni (AlumNight) 2016 – Sireh Pulang ke Gagang. Majlis ini telah dihadiri seramai lebih 200 Alumni.

 

  • Objektif kepada majlis ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Alumni UniMAP dengan alma mater. Selain itu, majlis yang sebegini mampu menjadi platform bagi mengumpulkan kesemua Alumni dalam bertukar-tukar pendapat di samping merancang pelbagai program yang dapat mendatangkan manfaat kepada Alumni khususnya, dan juga kepada alma mater

 

  • Bersempena dengan Majlis Alumnight 2016 ini juga, penganugerahan kepada tiga (3) tokoh iaitu tokoh akademik, tokoh keusahawanan dan tokoh industri turut disampaikan. Pemilihan anugerah ini diberi berdasarkan kriteria penting termasuk kehebatan Alumni yang ‘outstanding’ dalam mencipta nama dalam bidang yang diceburi. Anugerah akademik dinobatkan oleh Prof. Madya Dr. Mustafa Albakri Abdullah, manakala Anugerah Industri dan Anugerah Alumni Keusahawanan 2016 pula telah disandang kepada Encik Ahmad Faeiz Zulkifli dan Encik Mohd Reza Mohd Mohyin.

 

  • Istimewanya dalam Majlis AlumNight 2016 ini, Anugerah Tokoh Kepimpinan turut diberi kepada YBhg. Brig. Jeneral Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin bin Hussin selaku mantan Naib Canselor di UniMAP. Beliau kini meneruskan khidmat sebagai Penasihat YB. Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi dan dalam masa yang sama masih mencurahkan bakti sebagai Prof. Emeritus di UniMAP.

 

  • Majlis Anugerah Tokoh Alumni ini pastinya diteruskan pada tahun-tahun berikutnya demi memastikan lebih ramai Alumni yang berada di dalam mahupun di luar negara dapat meluangkan masa dan bersama-sama menjadikan Persatuan Alumni UniMAP sebagai nadi pembangunan UniMAP.